Peranan Ahli Keluarga Dalam Mengekang Gejala Sosial
Kini, gejala sosial yang semakin meruncing telah menggusarkan masyarakat di negara kita. Justeru, peranan keluarga amat signifikan untuk mengekang sindrom sosial ini.Salah satu peranan institusi keluarga ialah ibu bapa perlu memberikan didikan agama kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi. Didikan agama bagaikan perisai yang berupaya menghalang segala godaan maksiat.Selain itu, ibu bapa juga bertanggungjawab untuk memantau pergerakan anak-anak. Tamsilnya, ibu bapa perlulah mengawasi tingkah laku anak mereka sama ada di sekolah mahu pun di luar kawasan sekolah.Seterusnya, kasih sayang yang sempurna amat diperlukan oleh anak-anak.Sebagai contoh, ibu bapa sewajarnya membelai dan mengucapkan kata-kata sayang kepada anak-anak mereka.
95 patah perkataan
0 Response to "Peranan Ahli Keluarga Dalam Mengekang Gejala Sosial (Ulasan)"
Posting Komentar