Seramai 4,000 lagi guru yang tinggal berjauhan daripada pasangan masing-masing atas tuntutan tugas akan disatukan menjelang hujung tahun ini apabila permohonan pertukaran dibuka semula pada bulan hadapan.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kira-kira 4,300 orang guru yang diistilahkan sebagai duka lara telah dibenarkan membuat pertukaran tempat kerja dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
“Bulan depan saya jangka lebih 10,000 guru duka lara akan membuat permohonan pertukaran.
“Bermula Januari hingga Jun lepas, kerajaan telah bantu 4,300 orang guru dan saya jangka kali ini jumlah sama iaitu 4,000 boleh dibantu untuk mereka bersatu semula dengan keluarga,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Indera Mahkota di Hotel Zenith dekat Kuantan.
Program khas untuk menyelesaikan masalah guru ‘duka lara’ dimulakan sejak Mahdzir memegang jawatan Menteri Pendidikan pada Julai 2015 yang melibatkan lebih daripada 30,000 guru di seluruh negara.
- Kosmo!
0 Response to "4000 guru duka lara disatukan menjelang akhir 2016"
Posting Komentar