Pembunuh OKU Jepun tersenyum lebar
Seorang lelaki Jepun, Satoshi Uematsu, 26, yang mengaku membunuh 19 orang di sebuah pusat jagaan pesakit jiwa tersenyum lebar di hadapan lensa kamera media semalam sebelum disoal siasat berhubung pembunuhan tersebut. insiden itu merupakan, paling sadis sejak 1938.
Lelaki itu, dilaporkan berkata, dia mahu supaya semua orang kurang upaya (OKU) “hilang”. Amukan pisaunya menyebabkan mangsa-mangsa berlumuran darah, malah sebahagian mereka turut ditikam di leher. Uematsu diiring keluar dari sebuah balai polis dan dibawa ke dalam van berdekatan sambil diterangi lampu limpah pihak media. Dia tersenyum lebar ketika di dalam van tersebut. Aksinya disiarkan dalam program berita pagi di Jepun semalam.
Seorang pegawai balai polis Tsukui di mana Uematsu ditahan mengesahkan bahawa dia dibawa kepada pihak pendakwa raya untuk disoal siasat.
Uematsu dituduh menceroboh pusat jagaan Tsukui Yamayuri-en di kawasan hutan berbukit di bandar Sagamihara, luar Tokyo awal pagi kelmarin.
Dia kemudian mengikat dua pekerja pusat jagaan itu sebelum menikam penghuninya yang turut menyebabkan 26 orang cedera, 13 daripada mereka parah. Uematsu segera menyerah diri di sebuah balai polis dan mengaku melakukan pembunuhan kejam itu.
Uematsu pernah bekerja di Tsukui Yamayuri-en tetapi dipecat dan dipaksa menjalani rawatan hospital pada Februari lalu selepas memberitahu rakan-rakan sekerjanya bahawa dia mahu membunuh OKU di Tsukui Yamayuri-en.
Lelaki itu bagaimanapun dibenarkan pulang 12 hari kemudian selepas seorang doktor memutuskan dia bukan ancaman keselamatan.
Uematsu juga pernah menghantar surat kepada Speaker Dewan Rendah Parlimen untuk memberitahu dia mengancam membunuh beratus-ratus OKU termasuk rancangannya menyerang Tsukui Yamayuri-en dan sebuah pusat jagaan lain.
Dalam suratnya, Uematsu menceritakan visi supaya hayat OKU ditamatkan menerusi kaedah eutanasia kerana golongan itu katanya, hanya memberikan kedukaan.
- DPA / Kosmo!
0 Response to "Pembunuh OKU Jepun tersenyum lebar"
Posting Komentar